Sunday, November 27, 2011

DESIGN!!!





Interior design is a multi–faced profession in which creative and technical solutions are applied within a structure to achieve a built interior environment and home lifestyle enhancement. interior design process follows a systematic and coordinated methodology, including research, analysis, and integration of knowledge into the creative process, whereby the needs and resources of the client are satisfied to produce an interior space that fulfils the project goals.




this is where i StUDY InTERIOR DESIgN. UITM is my place, it a great place for continuos my studies.



Pembinaan bangunan-bangunan tinggi serta tempat-tempat kediaman di negara ini semakin memberi tumpuan terhadap kecantikan reka bentuk dalaman selain reka bentuk luaran. Reka bentuk dalaman yang kemas, cantik dan menanik tentunya menyerikan suasana serta menambahkan keceriaan sesebuah bangunan.
Biasanya sebagai ahli reka bentuk dalaman, anda terlibat dalam menyusun atur
ruangan dalam sesebuah rumah, pejabat, hotel, restoran, pusat membeli-belah, sekolah dan rumah kediaman. Selain itu, setiap reka bentuk yang di­hasilkan perlu mengikut kos yang ditetapkan.
     Tuan punya tempat kediaman, pejabat dan hotel yang tidak mempunyai kepakaran tetapi inginkan suasana dalaman yang menarik dan kemas akan menggunakan khidmat
profesional pereka bentuk dalaman. Mereka terpaksa membelanjakan wang yang banyak semata-mata untuk mendapatkan hasil reka bentuk dalaman bangunan yang diperlukan.
Ini menunjukkan bidang ini penting dan merupakan antara kerjaya yang berpotensi besar dan mempunyai prospek yang cukup baik. Bidang reka bentuk dalaman adalah satu bidang yang menarik untuk pelajar ikuti.


CIRI-CIRI PERIBADI YANG DIPERLUKAN
(i)    Meminati profesion ini
(ii)   Seorang yang kreatif
(iii)  Mempunyai idea baru dalam mereka bentuk dan me­reka letak
(iv)  Memiliki daya imaginasi yang baik
(v)   Mahir dalam reka bentuk binaan
(vi)  Perlu mempunyai pengetahuan matematik
(vii) Perlu mempunyai kepakaran dalam memilih agar menepati dan sepadan dengan reka     
        bentuk yang dicipta
(viii) Mampu mengendalikan komputer memandangkan keceriaan    kerja-kerja mereka
         bentuk perlu menggunakan grafik komputer

SYARAT MENCEBURI BIDANG INI

Untuk menjadi seorang profesional di bidang ini anda perlu sesuai    memiliki sekurang-
kurangnya sijil/diploma di bidang ini dari institusi pengajian tinggi atau kolej swasta
tempatan atau luar negara.

TEMPAT MELANJUTKAN PENGAJIAN

Institusi pengajian tinggi tempatan yang menawarkan kursus ini ialah Universiti Teknologi Mara (UiTM) iaitu di peringkat diploma. Tempoh pengajiannya ialah selama
tiga tahun. UiTM juga menawarkan kursus Sarjana Muda Seni Bina Dalaman. Tempoh pengajian antara dua hingga tiga tahun. Kursus ini ditawarkan oleh Fakulti Seni Bina, Perancangan dan Ukur. Selain itu, terdapat beberapa kolej swasta tempatan yang menawarkan kursus ini di peringkat sijil, diploma dan ijazah yang boleh anda ikuti.

Semasa pengajian, pelajar akan mengikuti mata pelajaran berkaitan bidang mi termasuk sejarah seni lukis dan seni bina, reka bentuk dalaman; teori reka bentuk; grafik binaan; bahan dan binaan bangunan; seni reka perabot; landskap; sains persekitaran dan kemudahan bangunan serta spesifikasi.
   Selepas menamatkan pengajian di bidang ini, pelajar berpeluang berkhidmat di syarikat pengiklanan, pembinaan, perunding reka bentuk dalaman, berniaga sendiri atau menjadi tenaga pengajar.

SYARAT MELANJUTKAN PENGAJIAN

Untuk melanjutkan pengajian peringkat diploma di bidang ini khususnya UiTM, pelajar perlu lulus peperiksaan SPM/SPMV. Lulus bahasa Melayu dan Inggeris serta sekurang-
kurangnya empat kepujian lain. Dengan kata lain, pelajar perlu mendapat kepujian dalam
salah satu mata pelajaran dan kumpulan matematik, kepujian dalam salah satu mata
pelajaran dan kumpulan sains atau sastera.
  Selain itu, anda perlu lulus kepujian sekurang-kurangnya satu mata pelajaran dan
kumpulan lukisan, binaan, teknologi vokasional, pengajian kejuruteraan atau seni
perusahaan.
  Di peringkat sanjana muda, calon penlu lulus STPM/setaraf dengan mendapat sekurang-
kurangnya dua prinsipal termasuk pengajian am dan dua subsidiari daripada mata
pelajaran matematik, ekonomi/sejarah/geografi, fizik/kimia/biologi dan lukisan.
  Selain itu, calon-calon yang memilih bidang ini di peringkat diploma dan sarjana muda sebagai pilihan pertama, akan dipanggil untuk menduduki ujian lukisan sebelum ditawarkan mengikuti kursus ini.


APA yang ak harapkan akan jadi kenyataan, ak akan bersungguh-sungguh untuk mencapai impian itu.
WHAT i hope for will be gain by me in the future, so i will try my best for grab that dream.

1 comment:

  1. Tahniah...dan All the Best tuk ko...haha..belaja rajin2...jgn malas2...INGAT!!!keje anta on time...haha...moga kita sama2 berjaya di masa hadapan..dan dpt kita bekerjasama nanti...hehe...

    ReplyDelete